Sabtu, 17 Oktober 2009

:::usrah:::


Hi,Haziq2,seronok nmpk,...???




nie,aktiviti mnyanyikn nasyid jihad&satu hati....
(sempat lagi 2...hehehe)




bicara ttg ape 2 Haziq...???jgn lah marah2...hehe.
kesihan bdk2 2....


alhamdulillah,syukur kpd Allah swt krn masih memberi peluang kpd ana utk terus melaksanakan islam di pandan indah...Pertamanya,ana x terfikir pun nk wat qiam&usrah hr ni,tp,adik2 sume ni dh ade yg call,tny ana ttg qiam&usrah ni...maklumlah,dh 4 minggu ana tinggalkn diorng ni,sibk sikit...,kesihan diorng...tapi,alhamdulillah,Allah taala masih memberi kekuatan pd ana...huh,k lah,bnyk plk bicaranya...:) ermmmm,kt sini ana bwk shbt dr UniKL bmi,akhi haziq utk mmbantu ana utk mmberi semangat&ilmu kpd walad attaqwa...

:::tazkirah:::


"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu" - [Al-Hujurat: 13].

Drs Sidi Ghazalba pernah membicara tahap-tahap keIslaman seseorang. Beliau membahagikan kepada 5 tahap :

1. Muslim - Orang Islam
2. Mukmin - Orang Yang BerIman
3. Muhsin - Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti
4. Mukhlis - Orang Yang Ikhlas didalam amalan-amalannya
5. Muttaqi - Orang yang mencapai maqam Taqwa.

Pendek kata , orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah, dengan izinnya akan memncapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa. WA.

Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya?

Merujuk kepada ayat diatas, Surah al-Hujurat : 14 bahawa orang Islam itu boleh terdiri dari orang yang beriman dan juga tidak beriman. Ibn Manzur mendefinisikan fasiq sebagai orang yang melakukan maksiat, tinggal perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Firman Allah swt :-

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ "(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." - [Surah al-Sajdah : 18]

Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama :

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ "Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]

Abdul Kahir Al-Baghdadi berkata : Melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa uzur itu akan menjadi fasiq, gugurlah syahadahnya, wajib dilakukan hukuman had atau dibunuh atau ditakzirkan, tetapi masih mukmin jika masih beriman kepada Rukun Iman dan Islam. [Usulluddin, edisi ke2, ms 268].

Abdul Rahman Ibn Ahmad al-Iji menyebut bahawa ada yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dari kalangan mereka yang bersolat adalah mukmin, Khawarij mengatakan bahawa mereka adalah golongan munafiq, dan Mu'tazilah mengatakan mereka ini tidak mukmin dan tidak kafir.

Ibn Khuzaimah berpendapat bahawa orang Mukmin yang melakukan maksiat tidak boleh memasuki syurga Allah swt bersama-sama orang mukmin yang soleh. Ini adalah kerana orang Mukmin yang melakukan maksiat / dosa-dosa besar akan diazab di dalam neraka dahulu sehinggalah bersih dari dosa-dosa dan akan dimasukkan kedalam syurga.

Selama-mana seorang Islam itu tidak syirik kepada Allah swt dan masih mengagungkan kalimah tauhid, ia masih berpeluang untuk masuk ke syurga. Ahli Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendapat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat statusnya masih Islam, selagi tidak mensyirikkan Allah swt dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang kafir. Setelah diazab dan dibersihkan dosanya di neraka, mereka akan berpeluang masuk ke dalam syurga. Sabda Nabi saw :-

من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة "Barangsiapa pada akhir kalamnya menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah' akan masuk syurga" -[hadith riwayat Al-Hakim dengan sanad yang shahih]

Sabda baginda lagi :

من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، فقال أبو ذر وإن زنى وإن سرق، قال: وإن زنى وإن سرق "Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan perkara apa sekalipun akan masuk syurga, dan berkata Abu Zar : walaupun mereka berzina dan mencuri, Sabda baginda : walaupun berzina dan mencuri" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim].
 

Malaysia

usrah-walad(cawangan at-taqwa) Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino